Rabu, 22 Ogos 2012

Agen:Milan mungkin minat dengan Rossi


Rossi dipantau Milan.

Agen striker Villarreal, Guiseppe Rossi, Federico Pastorello berharap yang AC Milan sedang menimbang kemungkinan menandatangani striker yang cedera itu tidak lama lagi.

Rossi, yang diketepikan sehingga tahun depan akibat kecederaan, dikatakan berminat untuk berpindah keluar dari Villarreal yang gagal dalam usaha mereka mengelak penyingkiran dari La Liga musim lalu.

Namun, rekod kecederaannya menjadikannya sukar buat pemain Itali itu menarik sebarang minat signifikan dari mana-mana kelab walaupun dengan keupayaan tinggi dan kehebatan menjaringkan gol dimilikinya.

Milan baru-baru ini  menandatangani Cristian Zapata secara pinjaman dari Yellow Submarine dan Pastorello kuat berasa nama kliennya berusia 25 tahun itu mungkin dipertimbangkan ketika perbincangan sedang dibuat untuk bek Colombia itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan