Stephen Ireland yakin perlantikan Paul Lambert sebagai pengurus baru Aston Villa akan membantu kelab mara lebih tinggi di carta musim ini dan mengelak satu lagi pertempuran penyingkiran.
Ireland percaya bahawa Lambert, yang selesai musim empat kedudukan di atas Aston Villa dengan beza sembilan mata sepanjang bersama Norwich musim lalu, telah mula membangunkan kembali pasukan dan mengubah pertahanan yang sedia ada di bawah bekas pengurus, Alex McLeish.
"Taktik kami dalam beberapa musim terakhir jelas salah kerana kami bergelut dengan penyingkiran, tapi saya benar-benar yakin ia tak akan berlaku lagi," kata Ireland.
"Keyakinan semua pemain tinggi melangit ketika ini dan bagus dapat melihatnya kerana saya rasa kelab berhak untuk lebih baik dan peminat berhak menikmati berbanding apa yang telah berlaku."
"Saya rasa ini akan menjadi musim yang benar-benar positif bagi kami di kelab ini."
|
Jumaat, 17 Ogos 2012
Ireland yakin Aston Villa boleh elak penyingkiran
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan