Midfielder serangan Valencia, Jonas meluahkan hasrat kelab untuk membina hasil daripada penamat tangga ketiga mereka dalam kempen La Liga musim lalu.
Pemain antarabangsa Brazil berusia 28 tahun itu membuat permulaan yang positif dalam musim selepas menjaringkan gol penyamaan penting menentang Real Madrid ketika seri 1-1 Ahad lalu.
"Kami sedang berusaha untuk mara selangkah ke hadapan berbanding musim lepas, kami semua amat bersemangat dan perlu terus seperti ini sehingga akhir," kata Jonas kepada wartawan.
"Presiden Manuel Llorente menekan kami untuk mencapai objektif, dia terujadengan keputusan seri menentang Real Madrid."
"Saya gembira dapat jaringkan gol pertama musim ini, membantu pasukan meraih satu mata di Bernabeu, yang mana ia sukar. Itu satu mata yang benar-benar baik, walaupun jika kami menang menentang Deportivo (hujung minggu depan)."
|
Jumaat, 24 Ogos 2012
Valencia mahu mara selangkah lagi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan