Fulham mungkin bakal kehilangan pemain bintang mereka, Moussa Dembele kepada Real Madrid selepas pemain itu mengesahkan ejennya telah bercakap dengan wakil kelab gergasi Sepanyol tersebut.
Pemain Belgium itu telah diperhatikan oleh banyak kelab besar Eropah termasuk Manchester United, selepas kempen debut memberangsangkan di Craven Cottage dengan musim cemerlang tahun 2012.
Dembele, yang hanya mendatangkan kos kepada the Cottagers sebanyak £5 juta dari kelab Belanda, AZ Alkmaar pada tahun 2010, kini bernilai dua kali ganda dari kos asalnya dan telah dijejak oleh Tottenham sebagai pengganti berpotensi untuk Luka Modric.
Bagaimanapun pemain berusia 25 tahun ini mendakwa minat yang kukuh hanya ditunjukkan oleh kelab juara La Liga kendalian Jose Mourinho.
"Pengurus saya telah pun bercakap dengan Real," ujar Dembele.
"Memang ada hubungan di antara ejen saya dan Real Madrid. Mereka mahukan maklumat dan itu saja."
"Saya tak boleh mengulas lanjut mengenainya – semua tenang tapi saya tak boleh pastikan di mana saya akan bermain."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan