Khamis, 23 Ogos 2012

Robin Van Persie tak cukup sokongan


Van Persie gagal mencapai persefahaman segera dengan Wayne Rooney.

Sir Alex Ferguson mengkritik para pemainnya kerana gagal menggunakan peluang bersama pembelian baru, Robin van Persie ketika Manchester United tewas aksi pembukaan musim kepada Everton.
 
Pembelian bernilai £24 juta itu langsung tidak berpeluang membuat percubaan tepat ke sasaran selepas menggantikan Danny Welbeck pada minit ke-68.
 
"Kami bermain di sekelilingnya terlalu banyak, kami tak tunjukkan kesungguhan yang nyata," kata Ferguson.
 
"Dengan Robin dalam pasukan, anda tahu anda mahu gunakan kebolehannya bertemu bek tengah dalam situasi yang dia cukup arif tentangnya, tapi kami tak gunakan dia dengan secukupnya."
 
Satu-satunya gol perlawanan dijaringkan oleh Marouane Fellaini, yang mana kehadirannya meresahkan seluruh pertahanan United.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan