Selasa, 14 Ogos 2012

Nelson Valdez dipujuk kembali dari Rubin Kazan


Valdez dikehendaki Valencia

Valencia berharap dapat membuka jalan kepulangan ke Sepanyol untuk penyerang Rubin Kazan, Nelson Valdez dalam minggu ini.
 
Menurut laporan, penyerang Paraguay itu telah pun memberikan persetujuan menyertai kelab kepada  pengarah sukan Los Che, Braulio Vazquez, namun yuran perpindahannya masih belum dimuktamadkan.
 
Valencia sanggup membayar sehingga €2.5 juta untuk Valdez namun ia bakal mendatangkan halangan kerana kelab Russia tersebut membayar harga dua kali ganda dari jumlah tersebut semasa membelinya dari Hercules setahun yang lalu.
 
Valdez tampak telah menjadi pemain lebihan pasukan berikutan ketibaan Salomon Rondon di Kazan dan pemain berusia 28 tahun ini mungkin akan meninggalkan kelab.
 
Kelab Sepanyol itu berharap dapat menyelesaikan perpindahan sebelum perlawanan sulung Liga mereka menentang Real Madrid minggu hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan