Selasa, 14 Ogos 2012

Valencia jadikan Cissokho pembelian keutamaan


Cissokho jadi sasaran utama Valencia

Valencia telah menjadi pembelian pemain bek Olympique Lyonnais, Aly Cissokho sebagai keutamaan.
 
Kelab gergasi La Liga itu telah menjual Jordi Alba ke Barcelona awal musim panas ini dan dilihat telah menemui penggantinya bersama Didac Vila.
 
Namun pemain pertahanan AC Milan itu gagal pemeriksaan perubatan dan memaksa Los Che memandang ke kelab lain untuk penambahbaikan dan mereka kini mahu mendapatkan pemain antarabangsa Perancis tersebut.
 
Cissokho, bekas pemain Gueugnon, Vitoria Setubal dan Porto, menyertai Lyon pada tahun 2009 namun terus dikhabarkan bakal meninggalkan kelab Ligue 1 tersebut yang perlu menjual pemain sebelum boleh membeli pemain baru.
 
Kelab Sepanyol itu sedia menawarkan €5 juta (£3.9 juta) untuk Cissokho namun ia masih menjadi persoalan sama ada  Lyon akan berpegang teguh dengan penilaian mereka sebanyak €11 juta (£8.6 juta) yang telah ditetapkan oleh presiden Jean-Michel Aulas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan