Jumaat, 24 Ogos 2012

Fulham cuba membawa Stekelenburg


Maarten Stekelenburg tahu betapa pengurus Fulham mengaguminya.

Martin Jol sedang menyiapkan tawaran £8 juta untuk penjaga gol Roma, Maarten Stekelenburg.
 
Pengurus Fulham, Jol mahukan penjaga gol utama Belanda itu untuk menggantikan penjaga gol Australia, Mark Schwarzer, yang akan berusia 40 tahun Oktober ini.
 
Jol menguruskan Stekelenburg di Ajax dan menilainya sebagai antara penjaga gol terbaik di Eropah.
 
Stekelenburg, 29, meninggalkan kelab gergasi Belanda itu 12 bulan yang lalu apabila membuat perpindahan £5 juta ke Serie A.
 
Sumber mendedahkan: "Walaupun Maarten gembira di Itali dan tidak aktif mencari perpindahan, dia pasti teruja dengan peluang untuk kembali berkerjasama dengan Jol dan bermain di Liga Perdana Inggeris."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan