Rabu, 22 Ogos 2012

West Ham dan Allardyce sasar Ben Haim


Tal Ben Haim jadi sasaran Allardyce.

West Ham kini memburu Tal Ben Haim selepas dia terputus hubungannya dengan kelab krisis, Portsmouth.

Sam Allardyce mahu menggunakan situasi bek Israel itu untuk perpindahan percuma dan membawanya kembali ke Upton Park.

Ben Haim menghabiskan tempoh enam bulan secara pinjaman di The Hammers pada musim 2010/11, apabila kelab tersingkir dari Liga Perdana semasa diterajui Avram Grant.

Ben Haim, 30, bekas bek tengah Chelsea dan Manchester City, melihat nilai dirinya jatuh sejak menamatkan tempoh tiga tahun bersama Allardyce pada tahun 2007, apabila dia meninggalkan Bolton Wanderers untuk berpindah ke Chelsea.

Namun, pengurus West Ham percaya Ben Haim masih boleh menjadi satu kuasa di peringkat tertinggi dan yakin dia boleh mendapatkan yang terbaik daripada pemain yang berpindah ke England dari Israel pada tahun 2004.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan