Selasa, 28 Ogos 2012

Machini takkan beralah dengan polisi perpindahan


Mancini enggan ulas panjang khabar angin

Roberto Mancini hanya tertawa dengan laporan bahawa beliau sedia meninggalkan Manchester City kerana kekecewaannya terhadap polisi perpindahan pemain kelab.
 
City hanya membuat satu pembelian musim panas setakat ini, Jack Rodwell dan gagal membawa nama-nama besar ke Stadium Stadium dan ada andaian bahawa pengurus Itali itu akan meninggalkan kontrak lima tahunnya yang lumayan dengan juara liga tersebut.
 
Tapi beliau memberitahu: "Tidak. Ia tidak benar. Jika akhbar banyak terjual, saya tumpang gembira untuk akhbar itu. Saya tidak pernah berkata demikian dan tidak pernah berfikir mengenainya."
 
Mancini mahu memperkuatkan skuad City sebelum jendela perpindahan ditutup dengan perpindahan Scott Sinclair dari Swansea difahamkan akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.
 
"Kami ada sasaran kami dan saya harap kami dapat selesaikannya beberapa hari lagi," ujarnya sambil menegaskan beliau sama sekali tidak pernah meletakkan minat terhadap pemain pertahanan Liverpool, Daniel Agger.
 
Ditanya berapa ramai pemain yang beliau mahu beli, Mancini bergurau: "Sepuluh atau 15 orang."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan