Jumaat, 17 Ogos 2012

Taarabt tak sabar jumpa Swansea


Taarabt tidak sabar turun menentang Swansea

Midfielder QPR, Adel Taarabt mahu meneruskan prestasi baik yang dinikmatinya semasa menentang Swansea City sejak beberapa tahun lepas apabila kedua-dua pasukan bertemu di perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris.
 
Pasukan Wales itu bernasib malang di tangan pemain berusia 23 tahun ini, yang menjaringkan dua gol menentang mereka semasa Liga Kejohanan 2010-11 sebelum menunjukkan aksi pemain terbaik perlawanan dalam kemenangan 3-0 di tempat sendiri musim lepas.
 
The Hoops akan menjadi tuan rumah untuk pertemuan terbaru ini di Loftus Road hari Sabtu ini dan Taarabt sudah bersedia untuk perlawanan tersebut.
 
"Saya tidak sabar untuk memulakannya dan ia bagus yang kami bermula dengan Swansea kerana saya ada rekod yang bagus menentang mereka," ujar Taarabt.
 
"Saya sentiasa bermain dengan baik dan menjaringkan gol menentang mereka."
 
"Mereka mesti menyampah bermain menentang saya dan mungkin meluat melihat saya. Mereka memang bermain dengan permainan yang menarik cuma nampaknya ia telah menjana hasil yang terbaik dari stail permainan saya."
 
"Saya harap saya akan diberikan peluang untuk sekali lagi bermain dan ia amat penting kami bermula dengan sangat baik."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan