Manchester United dan Liverpool berminat untuk menandatangani pemenang pingat emas Olimpik Mexico, Hector Herrera, demikian menurut kelab pemain.
Midfielder Pachuca berusia 22 tahun itu bernilai £10 juta selepas membantu skuad Mexico menewaskan Brazil untuk memenangi kejohanan bola sepak Olimpik. Pengarah sukan Pachuca, Andres Fassi berkata United telah menemuinya mengenai Herrera, yang masih belum membuat debut penuh antarabangsa, namun menambah diaberharap untuk mengekalkan pemain playmaker itu. "Terdapat minat rasmi," jelasnya. "Kami ada dokumennya, tapi tiada apa-apa lagi untuk ditambah ketika ini. Kami mahu dia kekal di Pachuca. Kami tahu dia akan berhijrah ke England, walaupun Manchester United dan Liverpool telah bercakap dengan kami." "Bila-bila masa dia mahu, dia boleh meninggalkan Pachuca dan kelab akan berinya peluang untuk berbuat demikian." |
Ahad, 26 Ogos 2012
United dan Liverpool sasar Herrera
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan