Nani akan disingkirkan oleh Manchester United.
Pemain sayap Portugal itu akan menerima kesan bagi prestasi hambar ketika tewas 1-0 di Everton Isnin lalu.
Nani juga mungkin boleh melupakan tentang kontrak baru, atau dibenarkan pergi pada harga yang murah.
Sumber United berkata, "Kelab tak fikir prestasinya akhir musim lalu meletakkan dia dalam kedudukan tawar-menawar yang kuat untuk perjanjian baru. Aksi Isnin nyata terlalu hambar untuknya."
Ashley Young bakal menggantikan Nani untuk lawatan Fulham Sabtu ini.
Nani, 25, kecewa dengan kegagalan rundingan perjanjian baru selama empat tahun.
Nani masih berbaki dua tahun dalam perjanjian £90,000 seminggu, namun mahukan gaji melebihi £130,000.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan