Rabu, 15 Ogos 2012

Everton bakal sertai perebutan Dempsey


Dempsey jadi buruan hangat.

Everton mempertimbangkan bagi menyaingi Liverpool dalam perlumbaan untuk menandatangani Clint Dempsey dari Fulham.
 
David Moyes sedang mencari jalan meningkatkan skuadnya berikutan menjual Jack Rodwell pada harga £12 juta dan Dempsey akan menjadi pengganti ideal untuk Tim Cahill.
 
Liverpool membuat tawaran £5 juta untuk Dempsey dan mungkin menggunakan Charlie Adam selaku sebahagian daripada potensi perjanjian.
 
Moyes juga meminati pemain Blackpool, Matt Phillips dan masih berpeluang mendapatkan Adam Johnson secara pinjaman dari Manchester City.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan