Jumaat, 17 Ogos 2012

Kameni;Song berminat ke Barca


Kameni sokong perpindahan Song ke Barca

Penjaga gol Malaga, Carlos Kameni mendedahkan rakan senegaranya  Alex Song akan mengalu-alukan perpindahan ke kelab gergasi La Liga, Barcelona.
 
Song sejak tujuh tahun lalu telah bermain di Liga Perdana Inggeris bersama Arsenal dan mengukuhkan dirinya sebagai antara midfielder defensif terbaik di England.
 
Lebih menarik, beliau menunjukkan kecemerlangannya musim lepas selepas pemergian Cesc Fabregas dan Samir Nasri untuk menjadi pemain kreatif pasukan  the Gunners dengan mencipta 14 hantaran gol dalam semua kejohanan.
 
Permainan cemerlangnya itu telah membuatkan namanya dikaitkan dengan perpindahan ke Nou Camp dan walaupun Song kekal berdiam diri dengan spekulasi ini, Kameni mendedahkan pemain berusia 24 tahun itu sebenarnya memang berminat dengan perpindahan tersebut.
 
"Kami bercuti bersama-sama," kata penjaga gol berpengalaman ini. "Dia [Song] memang mahu menyertai Barcelona, mana-mana pemain mahukannya."
 
"Barcelona bukan salah satu kelab terbaik dunia tapi yang terbaik."
 
"[Song] akan sesuai di  Barcelona. Dia ada segala ciri-ciri untuk bermain di situ. Kita semua tahu jenis pemain bagaimana Barcelona suka dan dia salah seorang darinya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan