Khamis, 23 Ogos 2012

Urusan De Rossi belum tamat


Daniele De Rossi claims he will remain at Roma.

Manchester City masih belum putus harapan mendapatkan Daniele de Rossi meskipun pemain antarabangsa Itali itu dengan jelas menolak hasrat mereka.
 
Namun City masih percaya jika mereka boleh mencapai persetujuan dengan Roma maka De Rossi mungkin boleh dipujuk tanpa hilang air mukanya. Namun ia akan memerlukan perubahan keputusan yang mendadak dari pemain ini untuk ia berlaku.
 
Mancini telah pun kehilangan beberapa pemain sasaran utama musim panas ini termasuk Eden Hazard, yang menyertai Chelsea, Robin van Persie, kini di Manchester United, midfielder Athletic Bilbao, Javi Martinez dan pemain pertahanan Liverpool, Daniel Agger.
 
Mancini kini ada masalah dengan pengendali hal-ehwal pembelian pemain, Brian Marwood, yang dipersalahkan beliau kerana tidak memuktamadkan perjanjian Van Perise dan makin kecewa kerana midfielder muda Jack Rodwell menjadi satu-satunya pembelian kelab musim panas ini.
 
Pengurus Itali itu masih lagi berharap mendapatkan pemain sayap Swansea, Scott Sinclair, namun beliau dibeli dengan andaian hanya akan menjadi pemain skuad. Andaian yang membuatkan Mancini memilihnya berbanding pemain Arsenal, Theo Walcott.
 
Mancini meminati Walcott namun menjangkakan sukar untuk memujuk pemain itu berpindah tanpa jaminan aksi kesebelasan utama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan