Rabu, 15 Ogos 2012

Agger kini kegelapan


Agger lebih gemar untuk kekal di Anfield

Daniel Agger menyatakan niat untuk terus bersama Liverpool namun menjelaskan masa depannya di Anfield berada dalam pertimbangan kelab dan tiada siapa yang menjelaskan kepadanya mengenai situasi semasa.
 
Agger, 27, hangat diperkatakan dengan perpindahan ke juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City, sedang kelab gergasi Sepanyol, Barcelona mengintai peluang untuk mencelah mendapatkan khidmatnya.
 
Pengurus Reds, Brendan Rodgers minggu lepas membayangkan karier Agger di Anfield mungkin akan berakhir apabila mengakui "setiap pemain ada harganya" dan karier bek tengah Liverpool ini semakin diragui dengan laporan bahawa City diyakini sedang menyiapkan bidaan ketiga selepas dua bidaan awal ditolak.
 
Bagaimanapun Agger mendakwa beliau tidak dimaklumkan mengenai minat City tersebut dan masih berharap akan dapat terus menabur jasa di Merseyside musim ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan