Rabu, 15 Ogos 2012

O;Neil mahu perkasakan skuad


ONeill mahu kuatkan pasukannya

Martin O'Neill menegaskan beliau perlu memperkasakan skuad Sunderland kendaliannya menjelang musim baru di Liga Perdana Inggeris.
 
Sunderland telah cuba mendapatkan penyerang Steven Fletcher dari Wolves namun gagal setakat ini dan O'Neill tekad menambah bisa jentera serangan pasukannya sebelum jendela perpindahan ditutup.
 
O'Neill memberitahu: "Anda mungkin beritahu saya mengenai isu kekurangan jaringan gol dan ia mungkin ada benarnya tapi sememangnya kami menyatakan yang kami perlu memperkuatkannya.
 
"Memang sentiasa bagus kalau memiliki pemain yang lengkap dan semuanya diselesaikan supaya mereka dapat mengenalpasti permainan satu sama lain, tapi memperkasakan pasukan memang isu ketara untuk semua pihak."
 
Setakat ini, Sunderland hanya dapat menambah bekas pemain pertahanan Aston Villa, Carlos Cuellar ke dalam skuad mereka tapi O'Neill kekal yakin beliau dapat membawa pemain baru ke Stadium Of Light.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan