Jumaat, 17 Ogos 2012

Saldado harap cergas untuk perlawanan Real


Soldado berharap sempat cergas untuk perlawanan pembukaan

Penyerang Valencia, Roberto Soldado berharap dapat bersedia untuk perlawanan pertama La Liga menentang Real Madrid.
 
Los Che amat bergantung kepada bakat serangan Soldado walaupun beliau tidak bermain dalam perlawanan persahabatan pra-musim baru-baru ini menentang Tottenham dan Indonesia.
 
Beliau mengalami masalah hamstring dan kebimbangan kecergasan telah membataskannya untuk hanya membuat 27 permulaan kesebelasan utama musim lepas namun beliau berjaya menjaringkan  17 gol untuk membantu kelab timur Sepanyol ini menduduki tangga ketiga liga tiga musim berturut-turut.  
 
Apa pun, Soldado mengharapkan beliau dapat cergas sepenuhnya sebelum perlawanan pertama pengurus baru Mauricio Pellegrino, menentang juara bertahan La Liga hari Ahad ini.
 
"Hari ini [Isnin], saya ada sesi senaman dan pemulihan yang bagus. Esok saya bercadang untuk lebih giat dan bagus lagi. Jika kemajuan berjalan seperti yang dijangkakan, saya akan boleh bermain hari Ahad ini," tulis beliau di akaun twitternya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan