Sabtu, 11 Ogos 2012

Ketibaan Kaka Hampir Mustahil


Galliani... Masih samar dengan perpindahan Kaka.

Adriano Galliani mengakui AC Milan menghadapi tugas yang hampir mustahil untuk memikat midfielder Real Madrid, Kaka, kembali ke Serie A.
 
The Rossoneri terdesak untuk menandatangani semula pemain antarabangsa Brazil itu musim panas ini, namun mereka setakat ini gagal mencapai persetujuan dengan kedua-dua kelab dan pemain, ketika tahap kewangan kelab yang teruk terus menghalang urusan perpindahan musim panas mereka.
 
"Operasi Kaka satu perkara yang sangat rumit. Saya akan katakan bahawa ia hampir mustahil. Kos yang besar, kita bercakap mengenai gaji yang sangat tinggi," kata Galliani.
 
Sementara itu, jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho berikrar bahawa juara Liga itu hanya akan melepaskan Kaka untuk harga yang tepat.
 
"Hal yang paling penting adalah dia gembira. Dia pemain yang hebat pada tahap yang tinggi. Jika dia kekal, ia akan sempurna bagi saya dan jika tidak, kami akan merasai perbezaannya," kata bos itu kepada wartawan.
 
"Kami tak akan lepaskan dia secara percuma. Jika ada pasukan mahukan dia, mereka perlu membayar."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan