Ahad, 5 Ogos 2012

Jordi Alba Mungkin Buat Debut Menentang Man United


Alba mungkin turun dalam aksi persahabatan menentang United

Pemain antarabangsa Sepanyol, Jordi Alba mungkin akan membuat penampilan pertamanya untuk  Barcelona di perlawanan persahabatan pra-musim menentang Manchester United pada 8 Ogos ini seperti yang dimaklumkan oleh kelab Catalan tersebut.

Pemain berusia 23 tahun itu yang menyertai kelab pada Jun lalu dengan harga €14 juta, masih belum berpeluang bermain untuk the Blaugrana selepas menyertai skuad Sukan Olimpik negaranya.

Alba terbang ke Barcelona pertengahan minggu ini selepas penyingkiran awal La Roja di London dan kelab Sepanyol itu mengesahkan bekas bek kiri Valencia itu akan dibenarkan untuk berehat selama lima hari sebelum melaporkan diri pada 8 Ogos apabila skuad mengunjungi Gothenburg untuk menentang Red Devils.

Martin Montoya dan Cristian Tello turut menjadi sebahagian dari skuad Olimpik Sepanyol namun mereka melaporkan diri pada Jumaat lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan