Ahad, 5 Ogos 2012

Sneijder tidak dalam perbincangan dengan Real


Sneijder menuju ke Bernabeu?

Agen Wesley Ribery mendakwa dia tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan Real Madrid namun tidak menawarkan sebarang jaminan samada warga Belanda itu kekal di Inter Milan.

Pemain perancang itu telah dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Guiseppe Meazza untuk sekurang-kurangnya dua tahun dan musim panas lalu telah terlibat dengan saga berpanjangan dengan Manchester United.

Real adalah kelab terbaru yang dikaitkan dengan Ribery, yang dijual mereka ke Inter pada 2009 selepas pemain kebangsaan Belanda itu bergelut sewaktu tempoh dua musimnya di Bernabeu.

Jose Mourinho diketahui berada dalam pasaran untuk seorang midfielder kreatif dan laporan mencadangkan Real menjadi semakin kecewa dengan pemburuan mereka untuk Luka Modric.

Ribery mungkin boleh menjadi alternatif namun agennya menegaskan setakat ini tiada sebarang perbincangan, dengan Soren Lerby berkata: "Saya tak adakan sebarang perbincangan dengan Real Madrid.

"Saya tiada idea samada mereka dah cakap dengan Inter Milan. Anda harus tanya mereka."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan