Manchester United merancang untuk menjejaskan perancangan Chelsea untuk musim baru Liga Perdana Inggeris dengan persetujuan perjanjian membeli pennyerang Borussia Dortmund, Robert Lewandowski musim panas tahun hadapan.
United telah memberitahu juara Bundesliga tersebut yang mereka sanggup mengeluarkan belanja £12 juta untuk Lewandowski dalam masa setahun, membolehkan Dortmund mengekalkan bintang utama pasukan untuk kempen Liga Juara-juara musim ini sebelum menjualnya pemain berusia 23 tahun ini yang hanya ada baki setahun dalam kontraknya.
Pihak yang kerugian besar dalam perjanjian ini pastinya Chelsea yang kepingin merekrut seorang lagi penyerang berkelas dunia bagi memberikan saingan kepada Fernando Torres dan nama Lewandowski di tangga teratas senarai pemain sasaran.
Chelsea mahu menggantikan Didier Drogba yang telah berhijrah dan tertarik dengan permainan Lewandowski untuk neegaranya di Kejohanan Eropah 2012.
United berharap kehadiran pemain Dortmund, Shinji Kagawa di Old Trafford akan dapat memujuk Lewandowski untuk menuju ke arah mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan