Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers sedia kembali ke bekas kelabnya Swansea City untuk membeli pemain pertahanan Wales, Ashley Williams sewaktu Daniel Agger menjadi sasaran oleh Manchester City.
Rodgers, yang turut mahu mendapatkan bintang Swansea dalam pasukan GB yang bermain di Sukan Olimpik, Joe Allen sebelum jendela perpindahan ditutup, kini bersiap-sedia menantikan pemergian Agger.
Pemain pertahanan Denmark itu telah sampai ke dua tahun terakhir dalam kontraknya dan tidak menunjukkan sebarang minat untuk memanjangkan kariernya bersama kelab.
Manchester City telah mengemukakan dua tawaran untuk Agger dengan tawaran ketiga sebanyak £20 juta pasti menarik perhatian pemilik kelab, John W Henry untuk menjual.
Rodgers berjanji tidak akan mengganggu Swansea semasa meninggalkan mereka untuk ke Anfield pada akhir musim lepas namun tidak berhenti meminati pemain bernilai £10 juta, Allen.
Bekas jurulatih Chelsea ini juga amat meminati Williams, 28, yang telah pun bermain dalam 33 perlawanan untuk Wales dan merupakan tunjang dalam kebangkitan Swansea bermula dari Liga Kejohanan ke penamat musim Liga Perdana Inggeris di kedudukan pertengahan liga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan