Pembelian baru Tottenham, Gylfi Sigurdsson dan Jan Vertonghen, gembira menyesuaikan diri dalam pasukan selepas menyertai kelab semasa jelajah pra-musim di Amerika Syarikat.
Sigurdsson menghabiskan separuh kedua musim lepas secara pinjaman di Swansea City sebelum memilih untuk menyertai Spurs berbanding Liverpool musim panas ini manakala pemain pertahanan Belgium itu berpindah dari Ajax selepas urusan perpindahannya tergendala seketika. "Ia memang mengagumkan," kata Vertonghen di laman sesawang kelab. "Pengurus, staf, pemain, semua pihak membantu saya. Saya gembira dapat bermain untuk Spurs. "Di luar padang, rakan-rakan cukup hebat," tambah rakan sepasukan barunya dari Iceland. "Mudah untuk bercampur dan membiasakan diri dengan mereka. "Berada di luar England dan bersama mereka 24/7 sememangnya telah membantu, lebih-lebih lagi untuk saya dan Jan yang menyertai kumpulan. Kami semua dapat menyesuaikan diri dengan baik. "Secara keseluruhannya ia sangat bagus, kami banyak berlatih, banyak melakukan latihan kecergasan dan bermain dalam tiga perlawanan sukar." |
Ahad, 5 Ogos 2012
Sigurdsson Dan Vertonghen Selesa Di Tottenham
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan