Pemain sayap Manchester United, Antonio Valencia tidak sabar menantikan permulaan musim baru selepas menetapkan sasaran untuk memenangi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-juara.
United mengharungi musim 2011-12 tanpa trofi apabila menduduki tempat kedua di divisyen teratas England selain dari gagal melepasi peringkat kumpulan di Liga Juara-juara.
Namun Valencia, 26, memberi amaran kepada lawan mereka bahawa mood di dalam kem Red Devils memang positif ketika mereka menyambung persiapan untuk musim 2012-13.
Beliau berkata: "Semua pemain merasa bagus mengenai musim baru dan ada semangat berpasukan yang bagus di kalangan semua orang.
"Saya gembira menjadi sebahagian dari pasukan ini. Saya ada rakan yang rapat di sini dan saya gemar bergurau dengan pemain seperti Evra, Nani, Anderson, Bebe dan Chicharito.
"Semua orang di dalam kumpulan pemain bergurau senda bersama-sama tapi apabila kami perlu berkerja, kami melakukannya dengan serius.
"Saya mahu kami memenangi semua kejohanan yang kami sertai, khususnya Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-juara."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan