Ahad, 5 Ogos 2012

Saya Tak Fikir Diri sebagai Penjaga Gol Utama Barcelona


Valdes sedia terima saingan di pintu gawang Barca

Victor Valdes menegaskan beliau tidak berasa dirinya cukup terjamin sebagai penjaga gol utama Barcelona.
 
Pemain berusia 30 tahun ini telah beraksi lebih dari 300 penampilan La Liga untuk the Blaugrana sejak melakukan debut rasmi pasukan utama di musim 2002-03 namun beliau masih lagi merasakan tidak terjamin tempatnya dalam permulaan kesebelasan utama.
 
"Inilah musim ke 11 saya dan saya sentiasa berkata perkara yang sama. Saya tidak merasa diri saya sebagai pilihan nombor satu dan saya tidak akan melakukannya," ujar Valdes.
 
"Saya telah melihat segala-galanya dan hingga ke hari terakhir saya datang ke Ciutat Esportiva, saya tak rasa tempat saya terjamin."
 
Penjaga gol ini kemudian membincangkan mengenai objektif Barcelona untuk musim baru dan menekankan mereka mahu meenangi La Liga dan Liga Juara-juara.
 
"Sukses bergantung pada memiliki sikap yang sama seperti selalu," tambahnya. "Untuk membuat pencapaian yang lebih jauh , ia bergantung kepada pasukan tapi ada juga faktor lain yang tidak banyak berpunca dari kami."
 
"Kami akan memenangi La Liga dan Liga Juara-juara musim ini."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan