Khamis, 9 Ogos 2012

Vidic Dan Evans Intai Pembukaan


Vidic kembali cergas untuk musim baru

Kapten Nemanja Vidic dan pemain pertahanan Jonny Evans mungkin memberikan berita gembira berganda kepada Manchester United dengan kembali ke tahap kecergasan penuh tepat pada masanya untuk permulaan musim baru.
 
Bek tengah Serbia ini bercuti panjang sejak Disember lepas kerana kecederaan ligamen yang dialami semasa United disingkirkan dari Liga Juara-juara oleh Basel.
 
"Pada saya, ia sangat bagus untuk ada 60 minit di Oslo," kata Vidic dalam laman web kelab.
 
Pemain antarabangsa Ireland Utara, Evans, dijangka tidak bermain di permulaan musim selepas menjalani pembedahan buku lali yang telah mengenepikannya untuk baki tiga perlawanan musim lepas.
 
Bagaimanapun, beliau mungkin dalam pertimbangan untuk trip ke Everton, dengan penolong pengurus Mike Phelan memberitahu: "Kami harap dia akan tersedia untuk permulaan musim. Dia masih belum bermain lagi tapi jika dia cergas dan menunjukkan peningkatan yang bagus, kami akan mengenengahkannya."
 
United sudah pasti tanpa seorang pemain pertahanan tengah dengan Chris Smalling direhatkan untuk selama sepuluh minggu akibat kecederaan metatarsal manakala Phil Jones meninggalkan jelajah pra-musim kelab di Scandinavia kerana tidak sihat.
 
"Ketika ini, Chris Smalling akan mengambil sedikit masa lagi untuk pemulihannya," ujar Phelan. "Dia kecewa, dilanda kecederaan dan dia menunjukkan kemajuan yang perlahan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan