Stoke mendedahkan bahawa pemain pertahanan Robert Huth "disyaki menghidap meningitis".
Huth, 27, pergi ke hospital selepas melapor diri untuk latihan dan mengadu mengalami virus misteri hari Isnin lepas. Kelab kemudian melalui akaun
Twitternya mengesahkan bahawa Huth sedang diuji untuk jangkitan meningitis.
"Kelab dapat mengesahkan bahawa Robert Huth disyaki menghidap meningitis dan kami sedang menunggu hasil ujian lanjutan," menurut kenyataan Stoke."
Terdahulu, pengurus Stoke, Tony Pulis melahirkan kebimbangannya untuk pemain antarabangsa Jerman ini selepas keputusan seri perlawanan pra-musim kelab di Torquay.
"Ia kebimbangan utama untuk begitu dekat dengan permulaan musim baru kerana Huthy pemain yang cukup penting untuk kami," kata Pulis.
"Ia menyebabkan kesakitan teramat di bahagian belakang Huthy dan dia rasa sangat tidak selesa jadi kami menghantarnya ke hospital dan
mengharapkan keputusan dari ujian ke atasnya esok. Kami hanya berharap dia dalam keadaan okay dan ia tidak terlalu serius."
|
Khamis, 9 Ogos 2012
Huth Diuji Untuk 'Disyaki Meningitis'
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan