Khamis, 9 Ogos 2012

Swans Mahukan Obertan


Obertan jadi sasaran Laudrup

Pengurus baru Swansea City, Michael Laudrup mensasarkan pemain sayap Newcastle United,  Gabriel Obertan.
 
Spekulasi bermula apabila sumber di Denmark mendakwa Laudrup sedang mencari jalan untuk membawa Obertan ke Stadium Liberty.
 
Obertan, 23, menyertai Newcastle dari Manchester United musim lepas tanpa didedahkan yuran perpindahannya namun bergelut dengan kehidupan di Tyneside dan akhirnya kehilangan tempat kepada rakan senegaranya, Hatem Ben Arfa.
 
Ditanya mengenai langkah mendapatkan Obertan, Laudrup menjawab: "Spekulasi tentang pemain yang masuk, saya enggan memberikan komen terhadapnya.
 
"Lebih bagus untuk saya tidak memberikan komen terhadap khabar angin. Saya tak boleh komen perkara mengenai pemain kami kerana ia berbeza. Apabila sesuatu semakin dekat atau diselesaikan, anda boleh tanya saya apa yang anda mahu."
 
Walaupun memiliki skuad yang kecil, dipercayai Newcastle sanggup mendengar sebarang tawaran untuk Obertan, meskipun pemain ini baru menyertai kelab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan