Khamis, 9 Ogos 2012

OM Sahkan Chelsea Dekati Cesar


Azpilicueta diminati Chelsea

Kelab Perancis, Olympique Marseille mengesahkan Chelsea telah mendekati pemain pertahanan mereka, Cesar Azpilicueta.
 
Dengan musim baru Liga Perdana Inggeris bakal menjelang, kelab sedang cuba memuktamadkan skuad mereka. Chelsea telah menjadi kelab paling aktif di pasaran perpindahan setakat ini, membawa masuk Eden Hazard, Marko Marin dan Oscar.
 
Namun pengurus Blues, Roberto Di Matteo mungkin masih belum selesai dengan diyakini beliau mahu menambah lagi pemain serangan dan pertahanan – khususnya bek kanan selepas pemergian Jose Bosingwa.
 
Beliau telah lama meminati Azpilicueta dan Marseille telah mengesahkan the Blues telah meningkatkan minat mereka terhadap bek kanan tersebut.
 
Presiden Marseille, Vincent Labrune mendedahkan: "Chelsea telah membuat pertanyaan serius tentang Cesar. Saya telah bercakap dengan
pengarah sukan Chelsea dan mudah untuk berurusan dengan mereka. Kami telah memberitahu harganya dan mereka akan kembali dan sama ada
bersetuju atau tidak."
 
"Kami lebih selesa untuk pemain ini menandatangani kontrak baru dan terus bersama kami tapi dia mahu pergi ke Chelsea dan ia kelab yang bagus dan kami tidak boleh menghalang jalannya," ujar  Labrune.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan