Khamis, 9 Ogos 2012

Llorente tolak lanjutan kontrak Athletic Bilbao


Llorente tolak tawaran baru kelabnya

Juventus membuat tawaran €20 juta untuk Fernando Llorente selepas striker Sepanyol itu menolak lanjutan kontrak di Athletic Bilbao.
 
Llorente adalah kegemaran di kalangan The Leonesfaithful selepas bermain 298 perlawanan dan menjaringkan 110 gol sejak muncul pada 2005. Musim lalu, dia memainkan peranan penting ketika membantu pasukan Marcelo Bielsa ke Liga Eropah dan final Copa del Rey.
 
Kontrak semasa pemain berusia 27 tahun itu tamat pada 30 Jun 2013, dan Athletic berusaha untuk mengikatnya ke perjanjian jangka panjang.
 
Namun, dia menolak perjanjian yang dilaporkan bernilai €4.5 juta semusim di San Mames, berikutan hasrat untuk bermain di Liga Juara-juara dan mencabar kejohanan utama, demikian menurut laporan.
 
Berita itu satu tamparan besar buat Athletic, yang kini perlu memutuskan sama ada mahu menjual aset utama mereka sekarang, atau membebaskan pemain pada musim panas akan datang.
 
Real Madrid dan Barcelona juga dikatakan berminat dengan pemain baru-baru ini, dan Bianconeri turut memantaunya, selepas terlepas striker Napoli, Edinson Cavani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan