Khamis, 9 Ogos 2012

Pardew cabar Ben Arfa


Ben Arfa dicabar oleh Pardew.

Pengurus Newcastle, Alan Pardew menggesa Hatem Ben Arfa untuk membuktikan kepada Persekutuan Bola Sepak Perancis betapa hebatnya dia dalam jersi The Magpies.
 
Pemain sayap itu mengharungi tempoh yang sukar di Kejohanan Eropah musim panas ini, yang mana dia hanya diberikan beberapa minit untuk menunjukkan bakatnya sepanjang kejohanan, mendorong dia dipinggirkan bekas Jurulatih Perancis, Laurent Blanc.
 
"Dia tetap tersenyum. Perkara ini boleh berlaku di peringkat antarabangsa," kata Pardew. "Saya tak fikir Hatem terlalu kagum dengan pengalamannya di sana."
 
"Bagus, kini tunjukkan kepada mereka betapa baiknya anda dengan Newcastle."
 
Bersama-sama Samir Nasri, Ben Arfa telah dihadapkan kepada panel tatatertib selepas kejohanan itu dan kini berdepan dengan tugas sukar bagi mengagumkan jurulatih baru Perancis, Didier Dischamps - yang mana dia pernah bersamanya dan mengharungi hubungan sukar ketika mereka di Marseille.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan