David Villa kini kembali bersama skuad Barcelona untuk kali pertama sejak kejadian patah kakinya pada bulan Disember.
Jurulatih, Tito Vilanova menyenaraikan striker itu ke dalam skuadnya untuk dua aksi pra-musim terakhir Barcelona menentang Manchester United dan Dinamo Bucharest, sebelum musim La Liga bermula minggu depan.
Villa, 30, terlepas babak kedua musim lalu selepas mengalami kecederaan semasa Piala Dunia Kelab, yang mana turut mengetepikannya dari skuad Euro 2012 Sepanyol.
Dan rakan sepasukan, Andres Iniesta meluahkan "kegembiraan" untuk melihat penjaring terbanyak sepanjang zaman Sepanyol itu kembali dalam gambaran, sambil menambah, "Dia seolah-olah dalam prestasi yang sangat baik selepas kecederaan yang panjang dan sukar."
"Gembira melihat dia berlatih, kerana dia seorang pemain utama. Kami harap dia boleh kembali beraksi tak lama lagi dan melakukan apa yang dia pandai, menjaringkan gol."
|
Khamis, 9 Ogos 2012
Villa kembali bersama skuad Barca
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan