Sabtu, 4 Ogos 2012

Sturridge mahukan peranan penyerang tengah di chelsea pada 2012-13


Sturridge mahu peranan penyerang tengah di Chelsea.

Striker Chelsea, Daniel Sturridge telah mengulangi keinginannya untuk beraksi sebagai penyerang tengah buat kelab musim depan selepas pemergian Didier Drogba.

Penyerang itu, kini mewakili Pasukan GB di Olimpik, lebih banyak tampil di bahagian sayap pada 2011-12 sewaktu musim pentingnya bersama kelab, menjaringkan 13 gol dalam semua pertandingan.

"Saya dah tunggu peluang sebagai seorang striker sejak sertai Chelsea dan diharap musim ini akan menjadi musim di mana saya mampu tunjukkan apa yang saya boleh lakukan di sana," kata Sturridge. "Semoga pengurus akan beri saya satu peluang."

Bekas pemain Manchester City itu kini berdepan lebih banyak persaingan di bahagian serangan selepas ketibaan musim panas Marko Marin, Eden Hazard dan adiknya, Thorgan, namun berkata yang dia lega juara Eropah itu sedang menguatkan pasukan. Namun, dia masih berjaga-jaga tentang betapa cepatnya muka-muka baru itu akan dapat menyesuaikan diri.

Dia menambah: "Kelab dah beli dengan sangat baik. Penting yang kami ada pemain seperti [Eden] Hazard yang boleh cipta sesuatu daripada kosong.

"Ianya penting yang kami beraksi bersama secara kerap supaya kami boleh dapatkan persefahaman. Apabila ia adalah musim pertama seorang pemain, ianya sukar untuk sesuaikan diri dengan perlawanan Liga Perdana, jadi ia akan jadi satu musim sukar buat mereka.

"Namun saya yakin mereka individu yang cukup baik dan, dengan bantuan pemain senior, mereka akan baik saja."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan