Sabtu, 4 Ogos 2012

Ferguson;Vidic akan sertai lawatan United

Vidic sertai jelajah United di Scandinavia.

Sir Alex Ferguson mengesahkan kaptennya, Nemanja Vidic akan menyertai lawatan Manchester United ke Scandinavia.

Vidic ditinggalkan di Manchester apabila United menuju ke Afrika Selatan dan China bulan lalu.

Namun, pemain warga Serbia kini telah pulih dari pembedahan cruciate dan akan bersedia meningkatkan pilihan defensif Ferguson tepat pada masanya ketika kedua-dua Jonny Evans dan Chris Smalling diketepikan.

Selain itu, bek Brazil, Rafael masih dalam peranan antarabangsa, bermakna Ferguson hanya mempunyai empat bek pilihan utama berikutan kepulangan para pemain kontinjen Euro 2012.

"Chris Smalling diketepikan 10 minggu berikutan pembedahan metatarsal dan Jonny Evans masih dalam latihan ringan," kata Ferguson di laman web rasmi United.

"Mereka kehilangan besar dan mereka akan terlepas permulaan musim ini."

"Rafael tiada, tapi kami ada Phil Jones, Nemanja Vidic, Rio Ferdinand dan Patrice Evra. Itu 4 pemain bek untuk lawatan ini nanti. Diharapkan kami tak alami lebih banyak kecederaan kerana ia akan buatkan saya kekurangan pemain."

United akan bertemu kelab Norway, Valerenga pada hari Ahad, kemudiannya Barcelona di Gothenburg pada hari Rabu sebelum menamatkan program pra-musim mereka selaku pasukan pelawat menentang sisi Bundesliga, Hannover pada 11 Ogos.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan