Ketiadaan Daniel Agger dalam skuad Liverpool yang berdepan dengan Gomel telah menimbulkan keraguan mengenai masa depannya dengan ejen beliau mendedahkan pemain pertahanan tersebut tidak cedera.
Laporan awal menyebut bek tengah Denmark itu sedang dirawat kerana cedera selepas diketepikan dari perancangan Brendan Rodgers untuk perlawanan kelayakan Liga Eropah kelmarin. Bagaimanapun cerita sebenar menunjukkan Agger tiada sebarang masalah kecederaan dan kini terpulang kepada kelab Anfield tersebut untuk menjelaskan ketiadaannya. Manchester City dan Barcelona dilaporkan berminat dengan pemain berusia 27 tahun itu dengan kedua-dua kelab sedang mencari pemain pertahanan untuk memperkuatkan pasukan masing-masing. Ejen Agger enggan terjebak dalam sebarang spekulasi namun mahu tahu di mana kedudukan kliennya. "Dia langsung tidak ada kecederaan," kata Per Steffensen. "Hanya kelab dan pengurus yang boleh menjawab kenapa dia tidak berada dalam skuad." |
Sabtu, 4 Ogos 2012
Ketiadaan Agger Cetuskan Spekulasi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan