Roque Santa Cruz gembira kerana berjaya mendapatkan sedikit masa permainan di pra musim untuk Manchester City selepas menghabiskan tempoh musim lalu secara pinjaman di Real Betis.
Striker Paraguay itu telah dipinggirkan di Stadium Etihad, dengan Sergio Aguero, Carlos Tevez, Mario Balotelli dan Edin Dzeko kesemuanya mendahului pemain tersebut dalam susunan combinasi.
Spekulasi masa depannya terus dalam keraguan, namun pemain berusia 30 tahun itu kini sedang fokus kepada Perisai Komuniti yang akan datang dan permulaan musim Liga Perdana.
"Bagi saya, hebat untuk bermain selama 70 minit, saya ada musim yang panjang tahun lepas dan saya baru kembali dari cuti, saya rasa hebat, saya tak sabar untuk apa yang akan datang dalam tempoh dua minggu lagi," kata Santa Cruz di dalam laman web rasmi kelab.
"Terdapat beberapa pemain yang tak bermain begitu banyak di pra-musim ini, jadi ia satu perasaan yang baik untuk mempunyai satu permainan dan membina sedikit kecergasan perlawanan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan