Schalke berharap Klaas-Jan Huntelaar akan menandatangani perjanjian baru walaupun mengetahui striker Belanda itu mungkin mempunyai tawaran lain.
Huntelaar, 28, menjaringkan 29 gol musim lepas ketika Schalke selesai di tempat ketiga Bundesliga, namun kontrak semasanya tamat musim panas depan dan masih belum diketahui sama ada dia akan kekal di kelab.
Pengarah sukan, Horst Heldt yakin apa yang terbaik untuk pemain adalah dia menandatangani lanjutan tetapi memberitahu, "Terpulang kepada Huntelaar."
"Kami mahu lanjutkan kontraknya dan saya yakin akan masuk akal bagi kedua-dua pihak, tapi kami perlu yakinkan dia 100%. Saya tak boleh memaksa mana-mana pemain untuk tandatangani kontrak baru."
"Klaas Jan merupakan pemain bola sepak kelas atasan dan sudah tentu dia akan mempunyai pilihan lain."
|
Rabu, 8 Ogos 2012
Schalke berharap tentang Huntelaar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan