Khamis, 9 Ogos 2012

Liverpool Mahu 25juta pound Untuk Agger


Agger boleh tinggalkan Liverpool dengan harga ò5 juta

Liverpool hanya akan mempertimbangkan tawaran £25 juta untuk pemain antarabangsa Denmark,  Daniel Agger, berikutan minat dari Manchester City.
 
Sumber Liverpool mengesahkan bahawa Manchester City telah membuat tawaran untuk Agger, 27, namun kedua-dua pihak gagal mencapai persamaan dalam penilaian terhadap pemain ini yang masih ada dua tahun dalam kontraknya.
 
Dengan rundingan kontrak baru di Anfield tergendala. City telah memastikan minat mereka diketahui dan sanggup membayar setinggi £18 juta untuk bek tengah ini namun ia gagal memenuhi penilaian kelab.
 
Namun difahamkan bahawa Liverpool akan sukar untuk menolak tawaran £22  juta – jumlah sama yang dibayar Manchester City kepada Everton untuk Joleon Lescott pada tahun 2009.
 
Dengan kedua-dua pasukan masih gagal untuk berkompromi, pemain sayap  England, Adam Johnson mungkin akan digunakan sebagai subjek pertukaran bagi melancarkan perjanjian.
 
Agger diketepikan dari skuad Liverpool yang beraksi di pusingan kelayakan Liga Eropah menentang Gomel di Belarus, di mana ramai berpendapat ia petunjuk mengenai perpindahan yang hanya menunggu masa untuk berlaku walaupun pengurus Brendan Rodgers menegaskan ia hanya kerana isu kecergasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan