Sabtu, 11 Ogos 2012

Rodgers Jangkakan Bellamy Sertai Cardiff


Bellamy mungkin sertai Cardiff

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mendedahkan bahawa Craig Bellamy semakin pasti menyertai Cardiff City.
 
Pemain antarabangsa Wales itu sebelum ini menghabiskan musim 2010-11 secara pinjaman bersama the Bluebirds, menjaringkan 11 gol dan membantu kelab menempah tempat di play-off Liga Kejohanan.
 
Bellamy kemudian menyertai the Reds dari kelab asalnya Manchester City dan bermain dalam 33 perlawanan musim lepas di bawah bekas pengurus pasukan Kenny Dalglish, menjaringkan sembilan gol.
 
"Cardiff mungkin menjadi tempat beliau," ujar Rodgers. "Jika ya, kami mendoakan yang terbaik untuknya. Dia akan tetap menjadi penyokong Liverpool.
 
"Beliau gembira bermain untuk kelab tapi saya percaya di akhir musim lepas, beliau telah membuat keputusannya.
 
"Ia bukan sebab bola sepak yang beliau pergi tapi kerana hal peribadi. Beliau telah memberikan komitmen amat besar untuk datang ke Liverpool, tinggal bersendirian di sini."
 
"Saya memang menghormatinya. Apa yang lebih penting ialah kegembiraan pemain. Melainkan pemain itu gembira, anda tidak akan memperolehi yang maksimum dari mereka."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan