Brendan Rodgers menegaskan Liverpool "tidak mahu menjual" Daniel Agger.
Bek itu dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City, dengan spekulasi kian dinyalakan melalui pengakuan pengurus baru bahawa setiap pemain di kelab itu mempunyai harga.
Agger, yang menyertai The Reds dari Brondby pada 2006, mencipta namanya sebagai pemain utama Merseyside dan Rodgers memuji kebolehannya selepas menamatkan aksi 90 minit dalam kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Gomel dalam play-off Liga Eropah.
"Tiada apa-apa mahu ditambah. Anda boleh lihat malam ini dia amat penting kepada saya dan bagaimana saya sukakannya," kata Rodgers.
"Saya suka memiliki playmaker di belakang dan Daniel, ini permainannya, membina dari belakang, melangkah dengan bola dan membuat hantaran. Bagi saya tak perlu tambahan kerana kami tak mahu menjualnya."
"Dia pemain yang sangat penting bagi saya dan ia akan kekal begitu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan