Striker Manchester United, Wayne Rooney percaya Robin van Persie akan menjadi "tambahan hebat untuk skuad" jika perjanjian boleh dicapai musim panas ini.
Van Persie, 29, kerap dikaitkan dengan langkah £20 juta ke Manchester United sejak beberapa hari ini, dengan kontraknya bersama Arsenal hanya berbaki setahun.
Dengan Manchester City dan Juventus seolah-olah sudah terkeluar daripada perlumbaan, muncul sekiranya Van Persie meninggalkan Stadium Emirates musim panas ini, Old Trafford akan menjadi destinasinya.
Rooney segera memuji potensi rakan gandingannya, sambil menambah bahawa dia menganggap pemain warga Belanda itu akan menjadi "pemain hebat".
"Sudah tentu dia pemain yang saya kagumi," kata Rooney. "Dia pemain yang hebat, dia mengagumkan bersama Arsenal selama bertahun-tahun. Musim lalu mungkin musim terbaiknya, dia menjaringkan banyak gol. Jika dia ke sini, dia akan jadi tambahan yang bagus untuk skuad."
Ketika ditanya sama ada dia boleh bergandingan dengan Van Persie, Rooney menambah, "Saya suka fikirkannya, tapi anda perlu tanya kepada pengurus tentang itu. Ada ramai striker dengan saya, (Danny) Welbeck, chicharito dan (Dimitar) Berba, yang masih di sini. Jadi, ada banyak striker yang berjuang untuk tempat."
|
Sabtu, 11 Ogos 2012
Rooney:RVP akan jadi tambahan hebat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan