Steven Gerrard agak keberatan untuk membincangkan spekulasi mengaitkan Liverpool dengan langkah midfielder Swansea City, Joe Allen.
Pemain warga Wales itu hadir menyaksikan permainan ketika kapten The Reds dan rakan sepasukannya memastikan kemaraan ke Liga Eropah dalam kejayaan agregat 4-0 ke atas FC Gomel.
Namun, Gerrard hanya mengulas sedikit selepas perlawanan apabila ditanya mengenai potensi ketibaan Allen.
"Saya rasa agak tak sopan saya bercakap tentang Joe Allen sebagai pemain Liverpool tadi, tapi dia pemain yang sangat baik," jelas Gerrard kepada wartawan.
"Saya pasti jika kami berjaya mendapatkan tandatangannya, dia akan bawa banyak kepada pasukan kami tetapi ketika ini, saya perlu berhati-hati," tambah Gerrard.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan