Sabtu, 11 Ogos 2012

Spurs Pasang Mata Untuk Cesar


Cesar jadi sasaran Spurs.

Spurs sedang mengintai perpindahan untuk penjaga gol Inter, Julio Cesar — yang mungkin boleh didapati sebara percuma.
 
Pengurus pasukan Andre Villas-Boas mengalih perhatiannya kepada Cesar apabila Lyon meminta sehingga £15 juta untuk Hugo Llorris.
 
Kelab gergasi Itali, Inter mahu melepaskan penjaga gol Brazil berusia 32 tahun ini bagi mengurangkan bil gaji kelab kerana beliau menerima pendapatan £85,000 seminggu selepas cukai.
 
Terdahulu mereka mencuba untuk melepaskan Cesar ke Palmeiras secara percuma bulan lepas namun isu gaji telah menjadi penghalangnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan