Pemain pertahanan Real Madrid, Pepe mengakui beliau kelab tentang masa depan rakan sepasukannya, Kaka.
Pemain berusia 30 tahun itu semakin hangat dikatakan bakal meninggalkan Madrid, selepas kesulitan mencari tahap kecergasan penuh dan prestasi terbaiknya sejak tiba di Santiago Bernabeu pada tahun 2009 dengan bayaran €68 juta.
AC Milan berterus-terang mengakui berminat mendapatkan semula Kaka, yang bermain di San Siro di antara tahun 2003 dan 2009 namun mereka setakat ini gagal mencapai persetujuan dengan the Blancos yang dilaporkan tidak berminat meminjamkan pemain tersebut.
Ditanya mengenai situasi Kaka, Pepe membalas: "Dia rakan sepasukan yang bagus dan saya gembira untuk berkongsi bilik persalinan tapi hanya dia sahaja yang tahu bagaimana masa depannya."
"Hari ini, dia bersama kami dan kami perlu menyokongnya."
|
Khamis, 2 Ogos 2012
Pepe:Hanya Kaka Saja Yang Tahu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan