Khamis, 2 Ogos 2012

David Villa Bakal Sambung Latihan Penuh


Villa kembali cergas untuk hadapi musim baru

Pengurus Barcelona, Tito Vilanova memberitahu berita gembira dari bilik rawatan kelab apabila  David Villa telah diberikan kebenaran untuk kembali menjalani latihan penuh.
 
Penyerang ini tidak bermain sejak mengalami kecederaan retak tulang tibia semasa kemenangan 4-0 the Blaugrana ke atas Al-Sadd di Piala Kelab Dunia Disember tahun lepas, memaksanya berehat untuk baki musim dan Kejohanan Eropah 2012.
 
Namun selepas tujuh bulan setengah berada di luar padang, Villa kini semakin hampir ke peringkat pulih sepenuhnya walaupun doktor kelab, Ramon Cugat mengingatkan bahawa penyerang ini masih belum sampai ke tahap 100 peratusnya.
 
"David Villa tidak lagi dalam rawatan doktor tapi di tangan ahli fisio kelab," katanya kepada wartawan di sidang media."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan