Khamis, 2 Ogos 2012

'Aku mahu tamatkan karierku di Barcelona'


Puyol mahu kontrak baru.

Kapten Barcelona, Carles Puyol yakin dalam masa terdekat dia akan bersetuju kontrak lanjutan dengan kelab, dan mengakui yang dia bercadang untuk menamatkan kariernya di Camp Nou.
 
Bek veteran itu baru sahaja diberi kelulusan untuk kembali beraksi selepas pembedahan lutut yang telah mengenepikannya dari Euro 2012 dan sasarannya kini adalah untuk menyelesaikan ketidakpastian yang menyelubungi masa depannya di Blaugrana.
 
"Saya akan cuba untuk tamatkan karier di sini," katanya kepada wartawan. "Saya ada keinginan dan keghairahan untuk terus bermain dan jika kelab mahukan saya kekal, saya akan teruskan."
 
"Saya sentiasa dinilai tinggi oleh kelab dan penyokong, jadi tiada msalah tentang pembaharuan kontrak saya dan saya tak rasa ia akan jadi satu proses yang sangat rumit."
 
Puyol, yang telah mengutip 99 kap, naik dari pasukan remaja di Barcelona dan telah menjadi kapten kelab sejak 2004.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan