Arsenal kini dalam kebimbangan berhubung perpindahan segar pemain selepas muncul Barcelona sedang menyiapkan tawaran untuk Alex Song.
Pemain antarabangsa Cameroon itu adalah antara pemain bintang The Gunners dalam musim terbaru mereka, membuat gandingan menarik bersama Robin van Persie.
Namun, pemain warga Belanda itu yang terkini berada dalam saga peralihan berikutan pengumuman kenyataan di laman webnya yang mempersoalkan cita-cita kelab.
Song sendiri langsung tidak menyuarakan apa-apa tentang hasrat berpindah, namun kontrak midfielder itu tamat dalam tempoh dua tahun dan dia dalam kedudukan yang kukuh untuk perjanjian yang diperbaiki.
Barcelona berminat mengukuhkan bahagian defensif mereka setelah melepaskan Seydou Keita dalam jendela perpindahan musim panas. Mereka juga bergelut di sisi tengah bek mereka musim lalu, sering bergantung kepada midfielder, Javier Mascherano dan Sergio Busquets.
Kini pengurus baru, Tito Vilanova akan cuba mendapatkan Song, keputusan yang dipersetujui para pemain dan staf kejurulatihan, pada harga £12.5 juta.
Laporan juga menyebut Song dan Cesc Fabregas, yang meninggalkan London utara untuk ke Nou Camp tahun lalu, kekal sebagai sahabat akrab.
|
Khamis, 2 Ogos 2012
Barcelona sekali lagi buru pemain Arsenal
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan