Khamis, 2 Ogos 2012

Di Natale;AC Milan mahukan saya


Di Natale maklumkan bahawa Milan mahukan khidmatnya

Antonio Di Natale mengesahkan AC Milan cuba memujuknya berpindah ke San Siro namun menjelaskan beliau sama sekali tidak berhasrat meninggalkan Udinese - "walaupun jika Real Madrid datang memanggil".
 
Laporan bulan lepas menunjukkan bahawa the Rossoneri berkira-kira untuk mendapatkan penyerang prolifik ini dan pemain antarabangsa Itali itu kini mendedahkan beliau telah dihubungi.
 
"Itulah kebenarannya," kata Di Natale. "Bagaimanapun saya sama sekali tak berhasrat meninggalkan Udine, walaupun jika Real Madrid datang memanggil. Saya mahu menamatkan karier saya di sini dan menjaringkan lebih banyak gol."
 
"Saya mahu mendapatkan 150 gol bersama Udinese; ia akan menjadi satu kepuasan tak terhingga untuk saya. Tapi yang paling penting ialah keputusan pasukan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan